Tuesday, March 14, 2023

Aku anak peneroka.

 Siapa aku? 

Aku anak Pahang. Aku anak peneroka Felda. 


Nama saya Salmiah. Saya dilahirkan pada bulan Ogos  1971. Tahun tersebut mencipta sejarah banjir besar di seluruh negara Malaysia. Saya dilahirkan di Kampung Padang, Kuantan. 


Saya diberi nama timangan Ne dalam keluarga kerana Ne adalah nama manja untuk anak perempuan dan Atan untuk anak lelaki di Pahang. 


Saya adalah anak keenam dari sebelas adik beradik. Saya mempunyai enam orang kakak. Kami berpindah ke tanah rancangan Felda pada tahun 1974. Ketika itu, saya baru sahaja berumur tiga tahun dan masih terlalu kecil untuk memahami kesusahan hidup keluarga. 


Apa yang saya tahu, ibu ayah saya mula menanam pokok getah bermula kami di sana. Sementara menunggu pokok getah mengeluarkan hasil, emak ayah saya mengusahakan tanaman padi di kawasan paya yang terbiar. Ketika itu, ramai yang menanam padi untuk bertahan hidup. 


Walaupun masih kecil, saya masih ingat suasana orang-orangan yang dipakaikan baju kurung untuk menghalau burung. Tin-tin susu pula digantung di sekitar paya. Saya masih ingat betapa seronok saya menarik tali yang mengikat tin susu kosong itu. Budak-bukak memang suka sangatlah buat bising kan... sekali tarik tali, sekali sekumpulan burung ciak padi berterbangan. Memang seronok. 


      Menunggu pokok getah mengeluarkan hasil bukannya semudah memetik buah di pokok. Lebih kurang empat hingga lima tahun barulah pokok getah boleh ditoreh. Itupun setelah pokok getah mencapai ukur lilit 18".Kalau tak cukup baja, pokok akan bantut. 


Ketika kami berpindah, saya mempunyai seorang adik. Ini bermakna, ibubapa saya perlu menanggung anak seramai tujuh orang dengan pokok getah yang belum mendatangkan hasil. Paling sedih, mereka tak punya duit untuk berpindah ke Jengka. Bak kata orang, kawan ketawa mudah dicari. Tetapi kawan menangis, siapa yang peduli? 


Bersambung... 

Monday, November 28, 2022

Gubahan hantaran

 Assalamualikum, 

Kali ini, saya nak simpan gambar-gambar gubahan hasil tangan peserta pertandingan di Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang. Jom tengok. Mungkin, ada antara sahabat yang sedang mencari idea gubahan. Semoga membantu. 

















Sekian dulu dari saya, Semoga bahagia selalu. 

Thursday, October 20, 2022

Memori yang terpadam

 Assalamualikum, 

Hari ni saya nak cerita tentang memori yang terpadam. Ada orang, memorinya fresh walaupun sejak zaman mereka kanak-kanak. 


Tapi tak semua orang mempunyai memori yang melekat. Mungkin juga, saya adalah salah seorang darinya. 


Zaman kanak-kanak saya, hanya saya tahu melalui cerita dari kakak-kakak saya. Nak tahu tak apa cerita itu? 


Semasa saya berumur tiga tahun, Kakak saya (teh) berumur enam tahun.  Kami tinggal di Kampung Padang Kuantan. Masa tu, belum ada bekalan air mahupun elektrik. Kami menggunakan air telaga untuk semua urusan memasak, mandi dan sebagainya. 


Sebagai kakak, dia selalu melayan kerenah adik manjanya ni yang selalu merengek "nak ayang! nak ayang! "Hahaha... apakah itu? rupanya nak belalang. 


Cerita ni sering diulang oleh kakak-kakak saya yang selalu jadi mangsa melayan adik kesayangan menangkap belalang yang banyak pada pokok keladi dan dalam semak lalang. Sayangnya, memori tersebut tidak pernah muncul dizaman remaja saya. 


bersambung... 

Monday, August 17, 2020

sallyadan blog dah terkubur

 Assalamualaikum, 


Sadis betul ayat ni kan? sallyadan blog dah berkubur. Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Ceritanya begini.. 


Mungkin kepada orang lain takde hal, tapi bagi kaksal, ini adalah berita sedih. Hahahaha... Gelak untuk diri sendiri dulu. 


Blog sallyadan.blogspot.com kaksal dah remove sepenuhnya. Dah jenuh godek sana sini tak dapat nak ejas dah. 


Dari notification yang diterima, mungkin ianya disekat kerana ada posting kaksal pada zaman mula berniaga online dulu, kaksal buat review berbagai produk. 


Masa tu kaksal memang masih jahil tentang produk elok dan tak elok. Tapi bila kaksal dah mula kenal dunia pengiklanan, syarat-syarat dan sop ayat iklan, memang content yang kaksal buat tu tak dibenarkan. 


Apa lagi bila yang kaksal review tu produk sampah. Kaksal memang dah stop semua produk tu bertahun dulu tapi kaksal tak delete entry. Memang salah kaksal sendiri lah kan... 


Tapi itulah... Blog dah disekat dibawah akta kawalan ubat dan dadah ke apa ntah. Maka tinggallah kubur tanpa nissan sunny 🤣🤣


Maka dengan ini, terbinalah blog baru yakni sallyawang.blogspot. com. Mungkin sebagai pengubat hati yang rindu.. Atau pengubat hati yang kecewa. 


#arusbeauty 

18.8.2020

8.18pagi

Aku anak peneroka.

 Siapa aku?  Aku anak Pahang. Aku anak peneroka Felda.  Nama saya Salmiah. Saya dilahirkan pada bulan Ogos  1971. Tahun tersebut mencipta se...